"Memberi sumbangan itu tidak seharusnya dilihat sebagai satu kewajipan. Namun pandanglah ia sebagai suatu kemuliaan yang Allah swt anugerahkan kepada kita"

Misi Kami

Melaksanakan kerja amal kebajikan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan, melalui perkhidmatan yang murni dan ke arah membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab

Berkhidmat untuk membangunkan ummah melalui pendekatan sosial, kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan

Memupuk kesedaran & budaya kerjasama dalam membantu meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan ummat

Kempen terkini

Bantuan Winter Syria

Bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria di Syria & Turki. 11 tahun sudah sejak krisis kemanusiaan di Syria.…

Bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria di Syria & Turki.

11 tahun sudah sejak krisis kemanusiaan di Syria. Hingga kini mereka masih bergelut dengan kemiskinan, krisis makanan dan trauma.

Jutaan rakyat Syria masih hidup dalam kesusahan sebagai pelarian, termasuk kanak-kanak mahupun warga emas. Tambahan pula keadaan ekonomi Syria yang semakin tenat.

Musim Sejuk adalah musim yang sangat mencabar terutamanya bagi pelarian yang tinggal di khemah kanvas.

Tuan Puan yang budiman semua, marilah sama-sama kita membantu mereka.Semoga dengan kita memudahkan urusan mereka, ianya menjadi sebab kebahagiaan kita di akhirat kelak.

RM
Personal Info

Donation Total: RM1.00

Bantuan Palestin

Akibat peperangan yang tidak berkesudahan sejak tahun 1948, penduduk Palestin menderita akibat peperangan. Ada sahaja berita kematian rakyat…

Akibat peperangan yang tidak berkesudahan sejak tahun 1948, penduduk Palestin menderita akibat peperangan. Ada sahaja berita kematian rakyat Palestin kedengaran sehingga ke hari ini. Hampir 1.6 juta penduduknya hidup dalam kemiskinan dan tidur dalam kelaparan. Sadaqah Centre akan berusaha menyampaikan setiap ringgit yang disumbangkan yang berupa pek makanan, pakaian dan barangan keperluan yang lain untuk mereka.

RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Bantuan Asnaf Malaysia

Kempen bantuan untuk golongan yang memerlukan khususnya golongan asnaf fakir, miskin, ibu tunggal dan juga anak yatim di…

Kempen bantuan untuk golongan yang memerlukan khususnya golongan asnaf fakir, miskin, ibu tunggal dan juga anak yatim di Malaysia. Bantuan diberikan dalam bentuk barangan keperluan asas berbentuk pek makanan, wang tunai dan lain-lain barangan mengikut keperluan penerima.

RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Pusat Asnaf Integrasi Sadaqah Centre

Projek pembangunan Pusat Asnaf Integrasi yang berfungsi sebagai pusat perlindungan asnaf fakir miskin. Pusat ini juga mengandungi Musolla…

of RM500,000
donations
RM0 of RM500,000 raised

Projek pembangunan Pusat Asnaf Integrasi yang berfungsi sebagai pusat perlindungan asnaf fakir miskin. Pusat ini juga mengandungi Musolla sebagai tempat ibadah dan juga sebagai tempat untuk pengajian agama. Pusat Asnaf Integrasi berfungsi sebagai pusat IKS sebagai pusat pekerjaan untuk asnaf.

RM
Personal Info

Donation Total: RM60.00

JOM Menyumbang

Daripada Abu Hurairah R.A. sabda Rasulullah SAW:

“Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta.”

(HR Muslim)

Rasulullah S.A.W telah menjanjikan orang yang bersedekah tidak akan berkurang hartanya. Bahkan hartanya akan bertambah dan lagi bertambah.

Jom kita sama-sama besedekah!

Semoga sedekah kita menjadi pembantu kita di akhirat nanti. Inshaa Allah

buletin

Ihsan Ramadhan Gaza

Ihsan Ramadhan Gaza

GAZA, PALESTIN. Pada 27 April 2022, Sadaqah Centre bersama Yayasan Kubra dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia telah menyampaikan sebanyak 42 pek Iftar untuk fakir miskin Palestin yang kesusahan dan juga menaja sahur kepada para jemaah masjid di bandar Gaza. Segala puji bagi Allah, agihan sumbangan...

Ihsan Ramadhan Mekah

Ihsan Ramadhan Mekah

TANAH HARAM, MAKKAH.Timbalan Pengerusi Sadaqah Centre iaitu Ustaz Md Razane Bin Abduram telah menjalankan ibadah umrah dan juga puasa di Bulan Ramadhan pada 7 April 2022. Alhamdulillah, Beliau juga menjadi wakil Sadaqah Centre menyampaikan 50 pek Iftar kepada saudara-saudara Islam di sana.

Ihsan Ramadhan & Aidilfitri

Ihsan Ramadhan & Aidilfitri

BATU CAVES, SELANGOR. 29 April 2022, Tim sukarelawan Sadaqah Centre telah menyampaikan amanah para penyumbang dengan sebaiknya sempena Ramadhan Al-Mubarak & Aidilfitri. Sebanyak 53 pek makanan berbentuk barang dapur dan juga ayam frozen diagihkan kepada golongan asnaf iaitu fakin dan miskin di...

PERTUBUHAN PENGURUSAN & PUSAT PROGRAM SADAQAH
(PPM010-10-15082018)

No. 2, Jalan SBC 5, Kawasan Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

sadaqahcentre@gmail.com

+6019 2672 800

© Pertubuhan Pengurusan dan Pusat Program Sadaqah