BATU CAVES, SELANGOR. 29 April 2022, Tim sukarelawan Sadaqah Centre telah menyampaikan amanah para penyumbang dengan sebaiknya sempena Ramadhan Al-Mubarak & Aidilfitri. Sebanyak 53 pek makanan berbentuk barang dapur dan juga ayam frozen diagihkan kepada golongan asnaf iaitu fakin dan miskin di sekitar Kampung Nakhoda, Batu Caves. Sesi pengagihan telah dijalankan di Masjid Kampung Nakhoda sekitar jam 5 petang.
Terima kasih buat semua yang terlibat terutamanya penyumbang, penerima, sukarelawan serta pihak Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL) yang telah menaja barangan berbentuk pek serbuk minuman coklat dan juga tidak dilupakan kepada tim Yayasan Qasimul Ulum yang membantu dari segi pengangkutan menjayakan program ini.
Semoga ianya menjadi asbab dipermudahkan segala urusan kita semua didunia dan juga akhirat. Inshaa Allah.
  Â
0 Comments