Ihsan Ramadhan: Edaran Pek Makanan

Written by Sadaqah Centre

April 25, 2022

GOMBAK, SELANGOR. Alhamdulillah, pada 17/4/2022, tim Sadaqah Centre bersama tim Yayasan QU menggembleng tenaga dan keringat bersama-sama menjayakan program Edaran Pek Makanan Berbuka Ramadhan. 

Pasukan tim bergotong royong memasak menu berbuka iaitu Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan juga Acar untuk penduduk di kawasan Sg Kertas, Gombak, Selangor. 

Dengan izin Allah, sebanyak 130 pek makanan berbuka telah berjaya disiapkan dan diedarkan kepada penduduk sana. Terasa bahagia melihat senyuman penduduk disana saat menerima pek makanan.

sadaqah centre ihsan ramadhan

Agihan pek makanan pada bulan ramadhan 2022

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang diatas program sumbangan #IhsanRAMADHAN. Dengan izin Allah, program ini dapat dijalankan. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh tim Sadaqah Centre dan juga Yayasan QU turun padang bersama-sama membanting tulang menjayakan program ini. Semoga Allah membalas segala keringat yang disumbangkan dengan sebaik- baik nilaian taqwa disisiNya. Aminn.

Mudah-mudahan sekecil manapun sedekah anda, ianya dapat memberi keringanan dan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

sadaqah centre ramadhan

Pasukan agihan makanan Ramadhan 2022

 

 

You May Also Like…

Ihsan Ramadhan Gaza

Ihsan Ramadhan Gaza

GAZA, PALESTIN. Pada 27 April 2022, Sadaqah Centre bersama Yayasan Kubra dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia telah...

Ihsan Ramadhan Mekah

Ihsan Ramadhan Mekah

TANAH HARAM, MAKKAH.Timbalan Pengerusi Sadaqah Centre iaitu Ustaz Md Razane Bin Abduram telah menjalankan ibadah umrah...

Ihsan Ramadhan & Aidilfitri

Ihsan Ramadhan & Aidilfitri

BATU CAVES, SELANGOR. 29 April 2022, Tim sukarelawan Sadaqah Centre telah menyampaikan amanah para penyumbang dengan...

0 Comments

PERTUBUHAN PENGURUSAN & PUSAT PROGRAM SADAQAH
(PPM010-10-15082018)

No. 2, Jalan SBC 5, Kawasan Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

sadaqahcentre@gmail.com

+6019 2672 800

© Pertubuhan Pengurusan dan Pusat Program Sadaqah