Sadaqah Centre bersama Yayasan Kubra, Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Afdlin Shauki, Sarjana dan Yayasan Qasimul Ulum telah menjalankan Misi Bantuan Musim Sejuk Syria 2022 untuk pelarian-pelarian Syria yang berada di Turki dan juga di Syria. Misi ini bertujuan untuk membantu pelarian Syria yang menghadapi musim sejuk ekstrim serta membuka satu jalan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria. Disamping itu, dapat menyantuni saudara muslim di Syria.
Seramai 4 orang sukarelawan mewakili Sadaqah Centre, Yayasan Kubra, Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Afdlin Shauki, Sarjana serta Yayasan Qu menyertai misi pada kali ini.Â
Sesi lawatan ke Pusat Logistik IHH di Reyhanli, Turki dimana terdapat kilang roti yang menghasilkan roti untuk diagihkan kepada pelarian Syria. Di pusat ini juga terdapat gudang barangan-barangan bantuan yang ditempatkan sebelum barangan ini dibawa masuk ke Syria dengan trailer.
5 Februari 2022, tim mula masuk ke Idlib, Syria melalui pintu sempadan Babul Hawa. Tim ke kem pelarian Azaq, Idlib untuk lawatan dan perasmian ‘Taman Malaysia’ iaitu penempatan 70 buah rumah yang telah berjaya disiapkan untuk pelarian dikem ini. Sebanyak 500 pek roti yang merupakan makanan ruji mereka telah diberikan dan dibantu oleh wakil NGO di sana bagi melancarkan proses edaran bantuan.Â
6 Februari 2022, tim menziarahi dan menyantuni pelarian di kem Kefel, Aruk yang berada di sempadan Idlib dan juga Halab. Sumbangan bahan bakar iaitu arang telah diagihkan untuk 350 buah keluarga di sana. Kemudiannya, tim bergerak ke kem Harbanush untuk menyampaikan sumbangan 500 pek makanan.
Alhamdulillah, saudara kita disana kelihatan begitu ceria sekali saat tim tiba di bumi Syria. Mereka berkali-kali mengucapkan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia kerana begitu prihatin serta sudi membantu meringankan sedikit beban mereka.Â
Semoga Allah nilai kebaikan semua dengan sebaik-baik nilaian disisiNya. Jangan pernah lelah membuat kebaikan dan teruskan memberi sokongan.
0 Comments